18 June 2013

Perginya seorang pemuda...

Rabu...


Tidak seperti kebiasaan. Hari ini aku gagahkan diri untuk bangun seawal pagi, kerna tekad aku pada hari ini ialah untuk bangun awal dan menunaikan solat subuh berjemaah. Itulah permulaanku hari ini. Selesai solat subuh, aku duduk sekejap mendengar tazkirah pagi.

Di sini aku kongsikan mengikut apa yang diceritakan oleh ustaz itu,

Kira-kira jam 1030mlm, ustaz itu pergi menunaikan solat jenazah, iaitu jenazah seorang pemuda yg meninggal setelah dua minggu dia berkahwin. Selepas selesai solat, ada seorang lelaki bertanya kepada semua orang..adakah si mati ini ada berhutang dengan kalian?? Lalu bangun seseorang dan berkata, ya dia ada meminjam duit saya untuk berkahwin, tapi saya halalkannya. Sebentar kemudian, seorang lagi bangun dan berkata, dia juga ada meminjam duitku, tapi saya juga halalkannya dan begitulah seterusnya sehingga jumlah kesemua hutangnya kira-kira rm8000 ringgit. Semua hutangnya telah dihalalkan pada malam itu juga. Dalam hati, aku tertanya-tanya siapakah pemuda ini. Alangkah bertuahnya dia malam itu. Ini kerana hutang adalah sesuatu yang berat. Walaupun kita beriman di dunia, tapi jika tidak membayar hutang, Allah tetap tidak membenarkan kita melangkah ke syurgaNYA. Selepas itu, berkata seorang ustaz yang turut menunaikan solat jenazah itu, saya tidak tahu siapa si mati ini, tapi saya rasa terpanggil untuk sembahyangkan jenazahnya.

Kira-kira jam11mlm jenazah pemuda itu di bawa ke tanah perkuburan, ustaz itu merasa pelik apabila ramai orang berpusu-pusu datang,walhal pemuda itu bukanlah orang kaya-kaya, bukan artis, dan bukan juga orang berpangkat besar. Sehingga datanglah sekumpulan mat rempit lalu berkata, pemuda ini pernah mengajak kami keluar berdakwah ke jalan Allah, tapi kami menolaknya, harini kami datang dan akan keluar mengikut orang berdakwah ke jalan Allah. Terdetik dalam hatiku,adakah ini tanda-tanda orang yang beriman kepada Allah. Betapa hebatnya kematian orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Pemergiannya telah membuka pintu hati insan lain untuk kembali ke jalan Allah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah...

Anda Mungkin Juga Meminati :

Ingin Meningkatkan Jualan?? Beriklan di "Majalah Inspirasi Kejayaan"

 photo banner400wide_zps7a078786.gif