Pertama kali membaca majalah ik ini sudah menarik minatku untuk lebih cenderung pada bidang pembacaan. Maklum sajalah, saya ni bukannya ulat buku. Jika diikutkan sebelum ni,baca la buku ke apa-apa benda berkaitan dengan ilmiah pasti dua tiga baris perenggan je, pastu terus tutup. huhu =P
Tapi yang saya nak kongsikan di sini. Majalah ik ni lain macam sikit, dia punya penulisan dalam setiap sesuatu topik tu benar-benar menarik perhatianku. Jika dulu aku ni susah sikit nak dekatkan dengan pembacaan, tapi sekarang masaku banyak di isi dengan membaca. Setiap masa yang terluang pasti ada saja buku yang ku sentuh. Tidak kiralah majalah ik ke atau apa-apa jenis buku sekalipun.
Jika dulu majalah ik ni susah sikit nak dapatkan di pasaran. Mungkin disebabkan diaorang selalu bertukar-tukar distributor, tapi itu aku tidak pastilah, kalau nak tahu lebih lanjut kena la tanya pihak majalah ik sendiri. hehe.. Apapun yang ku tahu majalah ik sekarang ini dah bekerjasama dengan MPH bermula dengan isu yang ke 12 lepas. So sekarang majalah ik ini dah sedang didapati dekat mana-mana kedai buku termasuklah gedung buku terbesar iaitu MPH.
Perkataan susah nak dapat, susah nak jumpa tu memang sudah tidak sepatutnya kedengaran lagi oleh segelintir pembaca-pembaca majalah ik ni..he.. Isu 13 yang merupakan isu terbaru majalah ik ini dah pun berada di pasaran, dan yang pasti telahpun aku dapatkannya. Edisi kali ini pula, majalah ni tampil dengan cover depan yang menakutkan sedikit..he..sesuai dengan tajuknya Harta...Gelapkan MATA !
last sekali pada sesiapa yang berminat nak baca majalah ik ni, boleh la dapatkan di kedai-kedai buku terdekat. Kalau dah malas sangat nak keluar rumah ada lagi cara senang, boleh beli online dengan terus melayari website diorang http://www.ik.com.my/ . Kata orang Hendak seribu daya, Tak Hendak seribu dalih..wassalam
No comments:
Post a Comment