31 August 2013

Apa itu Filateli ?

Mungkin ramai yang tidak tahu apakah itu filateli.

Sebelum ini saya juga tidak tahu apakah maksud di sebalik filateli itu sendiri. Padahal minat saya dalam pengumpulan setem bermula sejak kecil lagi. Waktu itu, buku setem saya sudahpun dipenuhi dengan koleksi setem dari beberapa buah negara.=) Hasil minat itulah saya menjalankan sedikit perniagaan berkenaan filateli. Kali ini saya akan kongsikan serba sedikit mengenai filateli.

Filateli boleh dikatakan seperti mengumpul setem-setem, sampul surat, surat, poskad atau sebagainya. Senang cerita, pengumpul setem atau koleksi-koleksi lama lah. Filateli sudah bermula sejak 173 tahun dahulu lagi. Iaitu setelah sistem setem bayaran pos diperkenalkan pada tahun 1840.



 Pengenalan Album setem yang diperkenalkan telah memudahkan koleksi setem. Album pertama dihasilkan di England pada 1852. Apabila lebih banyak setem-setem bayaran pos didapati, maka hobi mengumpul setem menjadi agak biasa. Bertambah ramai orang menaruh minat dalam hobi mengumpul setem dan filateli kemudiannya mula berkembang. Ramai pengumpul-pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar dan tertua di dunia adalah dimiliki oleh Ratu England.

Perkataan "filateli" dikatakan telah dicipta di Perancis oleh Georges Herpin pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Yunani: "philos" bermakna mengasihi dan "llateleiall" bermaksud bebas daripada pembayaran. Pada asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label-label, melambangkan pembayaran untuk perkhidmatan pos. Daripada sini, ia diperluaskan untuk merangkumi kajian mengumpul setem bayaran pos secara sistematik, poskad, sampul surat pos, tanda pos dan bahan-bahan pos yang lain.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati :

Ingin Meningkatkan Jualan?? Beriklan di "Majalah Inspirasi Kejayaan"

 photo banner400wide_zps7a078786.gif