Isnin, 29Julai2013.
Sedar atau tidak, hari ini masuklah hari yang ke 20 kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu. Sudah 20 hari penghulu segala bulan ini bersama-sama dengan kita. Tiap-tiap pagi kita bersahur, tiap-tiap petang kita berbuka. Itulah antara rutin kepastian bagi kita sebagai bulan barakah ini.
Malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat yang beriman hampir tiba.
Malam Lailatulqadar, "Kemuncak Bulan Ramadhan"
"Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah.
KELEBIHAN MALAM LAILATULQADAR
1. Lebih Baik dan Lebih Istemewa Dari Seribu bulan
Allah berfirman mafhumnya ;
Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah para malaikat dan Jibril.
2. Malam diturunkan kitab suci Al-Quran.
Allah berfirman mafhumnya ;
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar.
3. Ibadah lebih baik daripada 80 tahun Ibadah Bani Israel
- Amalan yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik daripada amalan yang dilakukan oleh Bani Israel selama 80 tahun.
- Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w :
“Pada suatu hari Rasulullah SAW telah menceritakan 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu.
Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka.
Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan. Ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira”.
4. Malam Lailatul Qadar malam berkat
- Pada Malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk Malam ini juga disifatkan sebagai Malam berkat,
firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada Malam yang diberkati.”
5. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia
- Firman Allah bermaksud :
“Pada Malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”
- Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada Malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
6. Allah mengampunkan hambaNya yang menghidupkan Malam
Sabda Nabi:
“Barangsiapa yang menghidupkan bulan ramadhan (qiyam) dengan keimanan serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah Maka Allah akan
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu".
ANTARA TANDA-TANDA MALAM LAILATULQADAR
-orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala sudut yang gelap gelita.
-mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
-melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
-doa permohonannya makbul.
Semoga kita semua bertemu dengan penghulu segala malam ini, serta mendapat rahmat dan keberkatanNYA. Inilah peluang terbaik untuk kita semua menambahkan saham akhirat....wassalam.