Ketika ditemui, soalan pertama yang ditanya oleh pemandu jet pejuang tersebut ialah, "Siapa yang melepaskan mortar roket ke jet kami sebentar tadi?".
Setelah dicari beberapa orang dan akhiranya mereka beroleh ketemu seorang mujahid yang telah melepaskan tembakan peluru anti-craft ke udara yang menyebabkan jet pejuang tersebut terbakar.
Lantas pilot Russia itu membuat pengakuan,
"aku sangat aneh. Aku adalah antara pilot paling terhandal dan mampu mengelak semua peluru-peluru yang ditembak kepada jet pejuang ini. Tetapi tadi, peluru yang mengenai jet ini bukan datang dari bawah seperti selalu, tetapi dari atas langit, dan sangat mustahil untuk aku mengelaknya.."
SubhanAllah.
Dan ketika ditanya kepada mujahid tersebut akan peristiwa itu, beliau menjawab,
"ketika aku mahu melepaskan peluru tersebut kepada sasaran (jet Russia), aku tahu bahawa peluru yang kami miliki tidak banyak dan aku bertawakkal sepenuhnya kepada Allah. Tidak berhenti di lidahku mengucapkan kalimah Allah.
